menggetap bibir, mengilukan gigi
mencakar batin, memekik kelam.
hati ini terobek dikunyah engaku;
apa tak cukup jiwa ku suap semalam?
kaki engkau sudah menatap di badan
yang selalusinggah bila kau rasa
nyawa ini terpenyek dihenyak engkau;
apa tak cukup jiwa ku kau siksa?
telinga masih tegar memberi senyum
pada caci dan bahasa-2 ba*i
tangan ini masih aku depangkan;
apa tak cukup jiwa yang telah ku kasi?
jika tidak bersebab kerana, tidak aku tegak
memasak kaki, mempamer gagah
kudrat ini masih berbaki, tetap sahaja;
apa tak cukup jiwa yang ku serah?
ku suap jiwa, ku engkau siksa
ku tetap kasi, ku serah lagi
tidaklah kerana cinta;
SEMATA KERANA KERANA.
#Aku suka ayat last tu c: